
KOPEK DURIAN GUNA GIGI: PASIR GUDANG: Mengopek durian menggunakan gigi mungkin ngeri bunyinya kerana sukar untuk dibayangkan bagaimana seseorang itu boleh berbuat demikian apatah lagi tanpa mencederakan mulut.
Itulah kelebihan yang ada kepada seorang peniaga pasar tani, Sulaiman A Rashid, 57, yang tanpa sebarang masalah menggunakan giginya untuk mengopek buah berduri itu.
Bagi Sulaiman, yang berasal dari Kampung Sungai Durian, Pontian, mengopek buah durian menggunakan giginya satu kebiasaan yang dilakukan sejak dia berusia 12 tahun.
“Ketika umur saya 12 tahun, saya seperti tidak dapat menahan keinginan untuk menggigit dan mengopek kulit buah durian menggunakan gigi.
“Setiap kali melihat buah durian, saya pasti cuba mengigit dan mengopek kulitnya dan lama-kelamaan perbuatan itu menjadi sesuatu yang tidak susah untuk saya lakukan,” katanya ketika ditemui di Karnival Jom Makan Buah-Buahan Pasir Gudang Anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian (Fama), di sini, semalam.
Sulaiman mengakui dia tidak mengamalkan sebarang ilmu kerana bagi kebanyakan orang kebolehan yang dimilikinya itu seperti sesuatu yang tidak dapat diterima akal.
“Tetapi saya boleh lakukannya (mengopek durian dengan gigi), saya tidak memakai apa-apa ilmu, cukup sekadar memerhatikan bagaimana tupai menggigit dan menebuk buah durian.
“Ada cara dan teknik yang boleh dipelajari dari mahkluk Tuhan di sekeliling kita dan saya hanya mencedok cara yang digunakan tupai untuk menebuk buah durian,” katanya.
Bagaimanapun, Sulaiman berkata, hanya buah durian yang masak saja boleh dikopek menggunakan gigi kerana bagi buah yang belum ranum agak sukar untuk berbuat demikian....
Bapa Mertuaku.... 'Terrenyer Abah..!!'
Posted on Isnin, 1 Jun 2009
by iresyma
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 Responses to "Bapa Mertuaku.... 'Terrenyer Abah..!!'":
Catat Ulasan